Residensi 2022

Artis-Artis di Residensi Seni

Sesi 2 | 23 Mei 2022 – 19 Ogos 2022
ARTIS SENI HALUS

Dilahirkan pada tahun 1989 dan dibesarkan di Taiping, Perak. Fadhli Ariffin menerima Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka (Seni Halus) dari UiTM Shah Alam pada tahun 2013 tatkala beliau masih di universiti. Penyertaan dalam program residensi seni HOM Art Trans mendorong beliau untuk mengadakan pameran perseorangan pertamanya pada tahun 2015. Setakat ini beliau telah menjalankan tiga pameran solo-terakhir melalui Rissin Contemporary di acara Art Expo, Kuala Lumpur. Sebagai seorang artis yang mengangkat gaya neo-ekpresi, beliau menyampaikan emosi, perasaan serta pemikiran peribadinya tentang pengalaman hidup melalui karya seni.

ARTIS SENI HALUS

Dilahirkan pada tahun 1994 di Terengganu. Beliau menamatkan pengajian pada tahun 2017 dengan Sarjana Muda (Kepujian) Seni Halus dari Universiti Teknologi MARA, Sri Iskandar, Perak. Karya Hafizuddin menggabungkan elemen-elemen fantasi dan realiti yang diilhamkan dari peristiwa dan isu-isu semasa yang diperolehi melalui berita-berita harian di media massa dan interaksi beliau dengan masyarakat. Beliau pernah menjuarai pertandingan Art Against AIDS (kategori Artis Profesional) pada tahun 2018, serta menerima anugerah Malaysia Emerging Artist Award (MEAA) dan memperoleh hadiah istimewa dalam pertandingan dalam talian Mellow Art Award pada tahun 2021.