Buku Digital

Kembali Pulang Ke sarang

Pameran Seni “Kembali Pulang ke Sarang” oleh dua orang artis residensi PORT, Aw Boon Xin dan juga Abdul Shakir aka Grashopper, akan berlangsung di bangunan Tin Alley pada 26 Ogos – 1 Oktober 2023 dari jam 10.00 pagi – 6.00 petang.

Kembali Pulang ke Sarang adalah pernyataan seniman mengenai kegawatan mereka untuk ‘kembali ke akar’. Dalam usaha mencari jawapan seputar soal-soal keberadaan identiti, rujukan-rujukan tentang peristiwa, pengalaman mahupun tragedi di masa silam dapat menjadi petanda penting yang boleh membina perspektif sebenar dalam konteks masa kini.

Bentuk.An

Karya-karya oleh dua seniman residensi seni, Fadhli Ariffin dan Hafizuddin Azman menyentuh tentang pembentukan idea-idea baru yang terbina dari pengalaman serta pengamatan mereka terhadap adat, sosiobudaya dan isu-isu kesenian dalam konteks negeri Perak.

Semesta

SEMESTA adalah ruang dan waktu yang merangkumi segenap lapisan makna kehidupan. Pameran ini menyerlahkan kepedulian seniman merenung dan memperhalusi hal-hal yang mempunyai kaitan dengan elemen-elemen persekitaran. Setiap karya yang dipersembahkan berupaya menyedarkan khalayak tentang kealpaan, kecuaian dan kesilapan kita—yang semakin
menjejaskan hubungan manusia dengan alam semesta.

Direktori Kreatif Negeri Perak

Penerbitan direktori ini adalah sebahagian usaha dari pengumpulan data dan profil bakat-bakat kreatif seni visual dan artisan negeri Perak. Projek dokumentasi ini disokong oleh People of Remarkable Talents (PORT) di bawah tajaan Dana Kreatif Perak@PORT (DKP) 2020.