Black House

Pengenalan

BLACK HOUSE merupakan sebuah bangunan di dalam premis PORT yang menempatkan beberapa ruangan khas untuk penganjuran program dan aktiviti seni visual, seni muzik dan seni persembahan. Terdapat lima ruang iaitu Portdistro (jualan kraf dan merchandise), Common Room (seni persembahan,pameran, bengkel dll.), Dark Room (fotografi/cetakan), Studio Muzik dan Residensi Seni.
Selain menjadi hab bagi seniman-seniman dari pelbagai latarbelakang untuk bertukar-tukar idea berkaitan seni, budaya dan warisan, ianya juga diasaskan untuk membantu dan menyokong perkembangan seni dan kreatif di negeri Perak agar dapat dikongsi bersama-sama para seniman di dalam mahupun di luar negara.

Objektif

  • Menjadi platform pendidikan untuk para penggiat seni pelbagai peringkat umur.
  • Menjadi sebuah pentas yang menyaksikan pertembungan ataupun penyatuan idea dan pemikiran berkaitan seni, budaya dan warisan.
  • Menggalakkan penghasilan karya-karya seni, kraf dan muzik yang berkualiti dan sekaligus menjana keuntungan dari segi ekonomi bagi para seniman dan komuniti-komuniti mereka.
  • Menjadi sebuah hab kreatif yang boleh menjadi pentas untuk melebarkan ilmu pemahaman mengenai seni dan budaya kepada khalayak.
  • Menyediakan peluang-peluang bagi para penggiat seni untuk melebarkan jaringan melalui pertemuan serta perbincangan bersama para pemegang taruh/pihak berkepentingan seni dan budaya.

BLACK HOUSE