Artis International

Artis-Artis Antarabangsa Residensi Seni

AMIR ZAINORIN
Artis & Kurator | 10 Februari – 24 Mac 2022

Dilahirkan di Malaysia, artis-kurator Amir Zainorin menetap di Denmark sejak tahun 2002. Beliau mendapat Pendidikan di Politeknik Ungku Omar Ipoh dalam Pengajian Keusahawanan pada tahun 1980 dan pernah bekerja sebagai pegawai bank di Bank Arkansas pada tahun 1986 dan berpindah ke Universiti of Missouri Kansas City, Amerika Syarikat pada 1988.


Amir Zainorin pernah berkhidmat sebagai pendidik di bawah program seni ‘House Artist’ anjuran Danish Art Council. Selain menjadi artis visual sepenuh masa, beliau turut menyumbangkan tenaga sebagai curator di dalam beberapa program festival dan pameran, antaranya sebagai curator bagi Malaysia Art Festival di Copenhagen pada 2009, Stateless Mind Art Festival pada 2019 di Copenhagen, Ipoh International Art Festival (Film) pada 2019 dan The Space Between International Art Festival pada 2021 di Copenhagen.

KHALEED RAMADHAN
Artis & Kurator | 10 Februari – 24 Mac 2022

Dilahirkan di Beirut, Dr Khaled Ramadan bekerja antara Eropah, Asia dan daerah MENA. Beliau merupakan seorang pembikin filem, kurator, pensyarah dan penulis budaya. Beliau memperoleh ijazah dari Akademi Seni Halus Diraja, Denmark, Universiti Copenhagen dan Kolej Seni Edinburgh, UK.
Kini, beliau merupakan pemangku Pengarah Laterna Magica, Museum of Visual Knowledge, Denmark. Selain itu, beliau telah dilantik sebagai pemeriksa bagi program Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan Sains, Denmark.

Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan Seni Media (MARC) Antalya, Turki serta ketua kurator bagi Maldives Pavilion Venice Biennale ke-55, Itali. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Kanan, Majlis Kesenian Denmak, Kementerian Kebudayaan dan kurator bersama Manifesta 8 di Sepanyol pada tahun 2010.

NOBUYUKI SUGIHARA
Artis & Pengarah Seni | 29 Ogos 2022 – 10 Oktober 2022

Dilahirkan pada tahun 1980 di Nagano dan dibesarkan di Tokyo. Nobuyuki Sugihara telah menghabiskan pengajian selama setahun sebagai pelajar pengauditan A.R. Penk di Akademi Seni di Dusseldorf, Jerman pada tahun 2002. Manakala, pada tahun 2007, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Lukisan Minyak, Universiti Seni Tokyo. Beliau merupakan seorang pengarah seni yang telah menganjurkan Festival Seni Sensasi Primitif Shinano pada setiap musim panas di Tasik Kizaki di Omachi, Nagano sejak dari tahun 2010 lagi.


Beliau turut menubuhkan organisasi ‘non-profit’ yang diberi nama Primitive Sense Company pada tahun 2016. Selain itu, beliau juga menjalankan aktiviti penyelidikan tentang budaya orang asli Taiwan sebagai persekutuan ACC (Asian Cultural Council) pada tahun 2019 dan 2020 selama 8 bulan. Kini, beliau menjalani program residensi di Singapura, Malaysia dan Indonesia di bawah naungan “Zai Kuning” sebagai pelatih dari luar negara bagi menjalankan penyelidikan berkenaan orang asli dibawah Agensi Hal Ehwal Kebudayaan. Antara pameran utama yang dijalankan termasuklah Festival Seni Alps Utara 2020-2021 (Nagano, Jepun) dan Festival Seni Tanah Pantai Timur 2020 (Taiwan).

AYAKA NAKAMURA
Artis | 29 Ogos 2022 – 10 Oktober 2022

Ayaka Nakamura dilahirkan pada tahun 1982 di Okinawa dan dibesarkan di Nagano. Beliau memperoleh pendidikan dari Fakulti Pertanian di Universiti Shinshu dan juga mula bergiat aktif dalam pembuatan topi sejak dari tahun 2008 lagi. Beliau mula bekerjasama dengan artis seni Nobuyuki Sugihara sejak dari tahun 2017 sehingga kini.
Disebabkan beliau mempunyai minat yang mendalam pada alam semula jadi, beliau memilih untuk mengambil jurusan pertanian semasa di bangku sekolah sehingga ke pengajian tinggi. Antara pameran beliau utama termasuklah Seni Transformasi – Residensi sebagai Acara Melibatkan Kraf di Muzium Kraf Negara Taiwan, Taiwan pada tahun 2020 dan Pameran Kraf Matsumoto di Nagano, Jepun pada tahun 2019.