TENTANG KAMI

PORT (People Of Remarkable Talents) merupakan jenama bagi Kampung Karyawan Amanjaya, sebuah agensi kebudayaan yang didanai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak, Malaysia.

Diasaskan pada tahun 2011, objektif utama PORT adalah untuk mengetengahkan bidang seni ke mata masyarakat melalui program-program berkaitan seni yang melibatkan personaliti-personaliti seni dan budaya dari dalam dan luar negara.

PROGRAM
TERKINI

Previous
Next

Hadiah Sastera Darul Ridzuan ke-9

Hadiah Sastera Darul Ridzuan (HSDR) kembali lagi pada tahun ini buat kali ke-9. Dianjurkan secara dwitahunan oleh Kerajaan Negeri Perak, anugerah ini merupakan usaha berterusan untuk mengiktiraf para sasterawan yang berasal atau bermastautin di Perak, khususnya mereka yang menghasilkan karya bermutu tinggi serta menyumbang kepada perkembangan kesusasteraan dan persuratan Melayu negeri.

Selain menghargai tokoh sastera, HSDR turut menilai karya terbaik dalam pelbagai genre seperti puisi, cerpen, novel, drama dan esei. Penganugerahan ini menjadi wadah penting dalam memartabatkan tradisi persuratan, memupuk bakat baharu serta memperkukuh ekosistem kesusateraan negeri secara berterusan.

Pencalonan kini dibuka sehingga 13 April 2026 dan pendaftaran dalam Pengkalan Data Seni Kreatif Perak adalah wajib bagi semua pencalonan. Orang ramai yang berminat boleh mengimbas kod QR pada poster rasmi untuk membuat pendaftaran dan mendapatkan maklumat lanjut.

Hadiah Sastera Darul Ridzuan ke-9 dianjurkan oleh PORT (People of Remarkable Talents) bagi pihak Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka.

RAKAN STRATEGIK