Residensi 2021

Artis-Artis di Residensi Seni

Sesi 1 | 17 Mac – 17 Jun 2021

Dilahirkan dan dibesarkan di Ipoh Perak. Beliau melanjutkan pengajian peringkat diploma seni halus di UiTM Sri Iskandar. Minat yang serius di dalam bidang seni telah mendorong beliau untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni Halus di UiTM Shah Alam dengan pengkhususan di dalam seni cetakan. Ketika di universiti, beliau sangat aktif dalam menyertai program-program dan pameran berkaitan seni visual sama ada di dalam mahupun di luar kampus. Dalam aspek penghasilan karya pula, beliau seringkali melakukan eksplorasi bahan untuk diadaptasikan dalam pengkaryaan media campuran dan seni cetakannya.

Dilahirkan pada tahun 1989 di Pulau Pinang. Beliau merupakan seorang karyawan yang berpusat di Kuala Lumpur dan banyak menghasilkan karya media campuran catan dan arca. Beliau pemegang diploma seni rupa Institusi Senilukis Malaysia dan Sarjana Muda Seni Halus (Kepujian) di Universiti Sains Malaysia, beliau seringkali menterjemahkan sifat sesuatu bahan dan proses dalam bentuk karya seni yang berlapis-lapis. Karya yang dihasilkan oleh Khalil merangkumi amalan multidisiplin yang konsisten melibatkan alam semula jadi di mana beliau meneroka hubung kait di antara landskap dan memori melalui tekstur, dan lapisan permukaan yang tactile.