Ipoh Music Symposium

Ipoh Music Symposium 2022: Pop60an

Ipoh Music Symposium edisi keempat pada kali ini dianjurkan oleh People Of Remarkable Talents (PORT) dan Kerajaan Negeri Perak dengan sokongan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Bertemakan “Pop 1960-an: Emulasi, Revolusi & Legasi”, program ini turut mendapat kerjasama antaranya, Majlis Bandaraya Ipoh, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, JKKN Perak, Majlis Kebudayaan Negeri, Tourism Perak dan Penang House of Music.

Ipoh Music Symposium 2021: Nusantara

PORT dengan berbesar hati ingin mengumumkan bahawa Ipoh Music Symposium edisi 2021 tekah dilangsungkan pada 02 Oktober 2021 dengan tema Muzik Nusantara: Menelusuri Tradisi dan Kontemporari. Nusantara bukan sahaja sebuah wilayah geografi tetapi juga meliputi lingkungan sosial dan budaya dengan keunikannya yang tersendiri.

Ipoh Music Symposium 2020: Rock Kapak

Ipoh Music Symposium (IMS) edisi kedua ini diteruskan lagi dengan usahasama Gerakan Seni Ipoh dan tema pada kali ini adalah “ROCK KAPAK”. 10 orang panelis yang mempunyai latar belakang yang berbeza iaitu pengkaji, penggiat arena, pelajar, pendokong dan peminat muzik rock kapak telah terlibat di dalam program ini.

Ipoh Music Symposium 2019: Muzik Independen

PORT telah mengadakan program Ipoh Music Symposium pada 26 Oktober 2019, Sabtu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempelawa para akademik dan pemain arena/industri muzik independen untuk menulis makalah dan membuat pembentangan dari berbagai-bagai perspektif.