Arkib Muzik Perak

Arkib Muzik Perak

Merupakan satu usaha kecil PORT untuk mengenalpasti, mengumpul dan menyimpan maklumat dan data berkaitan seni dan budaya yang berkaitan dengan negeri Perak. Tiga kategori utama iaitu seni visual, muzik dan seni persembahan yang merentas zaman, dari tradisional hinggalah kontemporari, yang memberi sumbangan kepada dunia seni dan budaya tanah air mahupun antarabangsa, akan diberi tumpuan.

Segala kandungan Arkib ini akan dapat menjadi satu rujukan penting untuk membantu pihak-pihak berautoriti dan berkepentingan menyusun dasar-dasar yang boleh menyokong ekosistem seni dan budaya sekaligus menyumbang kepada sektor ekonomi dan pelancongan negeri. Inisiatif ini juga merupakan satu usaha untuk memastikan maklumat khazanah seni dan budaya negeri kita dapat dikumpulkan dan dipelihara dengan baik untuk tatapan generasi akan datang walau dengan perubahan landskap kesenian dan kebudayaan pada masa kini.

Objektif

Projek ini bertujuan bagi mengumpulkan data serta maklumat mengenai kesenian dan kebudayaan yang terhasil dan digunakan di negeri Perak bertujuan sebagai rujukan para penyelidik, pembuat dasar, pelajar, pemerhati budaya dan individu yang berminat. PACA akan menjadikan negeri Perak satu-satunya negeri yang memiliki agensi yang menjalankan kerja-kerja kearkiban seni dan budaya yang berpotensi menyumbang kepada usaha-usaha bagi memperolehi status Bandar Kreatif UNESCO untuk Bandaraya Ipoh.

Pendekatan Pengumpulan dan Pembelian Bahan-Bahan Arkib

Sebuah proses di mana setiap pengumpulan dan pembelian bahan arkib dilakukan dengan persetujuan kedua belah pihak di mana artis-artis yang terlibat akan menghantar proposal bahan-bahan tersebut sama ada melalui dalam talian atau berjumpa dengan pihak PORT sendiri. Jawatankuasa penilai akan ditubuhkan untuk kerja-kerja pemilihan bahan-bahan yang relevan dan signi-kan untuk PACA.

Penyelidikan dan Pembangunan Bahan-Bahan Arkib

Proses yang terlibat adalah untuk penyelidikan bahan arkib yang terkumpul akan dibangunkan bagi membantu ekosistem seni dan budaya.

Perekodan Bahan-Bahan Arkib

Bahan/spesimen arkib yang telah dikumpulkan akan direkodkan mengikut piawaian antarabangsa iaitu ISAD (G): General International Standard Archival Description – 2nd Edition.

Pengumpulan dan Pembelian Bahan-Bahan Arkib

Sebuah proses di mana setiap pengumpulan dan pembelian bahan arkib dilakukan dengan persetujuan kedua belah pihak di mana artis-artis yang terlibat akan menghantar proposal bahan-bahan tersebut sama ada melalui dalam talian atau berjumpa dengan pihak PORT sendiri. Jawatankuasa penilai akan ditubuhkan untuk kerja-kerja pemilihan bahan-bahan yang relevan dan signi-kan untuk PACA.

Peralatan dan Bahan Menyimpan Specimen (Acid Free)

Bahan arkib terkumpul akan disimpan di dalam bekas yang selamat digunakan untuk tujuan konservasi.

Mewujudkan Pusat Sumber Arkib Muzik Negeri Perak

Proses terakhir yang bertujuan untuk menyimpan dan memelihara warisan dan khazanah negara yang bernilai sejarah untuk menambahkan ilmu pengetahuan umum mengenai mengumpul, memelihara dan menyediakan kemudahan penyelidikan.